Tuesday, February 8, 2011

Info : Asal Usul BRAND Terkemuka Dunia


1.Kodak
George Eastman merupakan 'founder' syarikat ini pada tahun 1888.Eastman mencari nama yang ringkas untuk memudahkan menyebut produknya.
Beliau menyukai huruf 'K' kerana ia memiliki daya tarikan yang kuat berbanding huruf lagi.Dan..dia juga mahu kedua huruf K nie berada di awal dan akhir jenama ini.
Setelah beberapa ketika dia bermain degan huruf 'K'nya..akhirnya dapat la nama KODAK.




2.Nintendo
Nintendo bila diterjamahkan ke bahasa English bermaksud "Leave Luck to Heaven" bererti "Tinggalkan Nasib Baik kepada Syurga".Pelik betol!
Nama NINTENDO ini sendiri nampak macam kamcing ngan video games ini.



3.Sega
Sega memulakan bisnes di Hawaii pada tahun 1940 yang membekalkan game biasa macam mesin Pinball untuk hiburan askar perang.
Pada 1951,Sega berpindah ke Tokyo,Jepun dan menamakan diaorang sebagai "Service Games" yang menunjukkan bahawa merekalah raja permainan mesin.
Seperti yang korang tahu,game mesin ini menggunakan "coin" @ syiling untuk main game tuh!
Service Games gabung dengan Rosen Enterprises dan disingkatkan jadilah SEGA.




4.Nokia
Syarikat Elektronik Moden macam Nokia nie pada mulanya bukan syarikat talipon seperti sekarang!
Syarikat yang didirikan pada tahun 1865 ni,merupakan perusahaan kertas fabrik yang berlokasi di Tampere,Findland.
Pemiliknya,Fredrik Idestam pula buka kilang kedua di Nokia,Finlandia dan dia mahu nama tempat tu dijadikan "brand'.
Nama bandar tersebut diambil dari nama sungai yang mengalir di bandar itu,Sungai Nokiancirta.


5.Toshiba
Toshiba dibentuk pada tahun 1939 yang merupakan hasil gabungan dari dua syarikat.
Tokyo Denki merupakan syarikat pembekal bahan dan mesin ke pada syarikat Shibaura Seisakusho.
Nama Toshiba diambil dari nama awalan dua syarikat itu "TO dan "SHIBA dan jadilah TOSHIBA.



No comments:

Post a Comment