Monday, March 7, 2011

Funny : Padah Mencarut

Saipudin merupakan sorang kaki pancing hardcore.. kalau satu hari tak dapat mancing, sumer otot-otot dan uratnyer akan menjadi lemah lesu dek ketagihannyer itu... seperti biasa lepas menolong emaknya menjemur ikan kering dia akan ke pantai untuk memuaskan habitnyer..

Hari ini Saipudin rasa nak buat satu kelainan dengan memancing kat tengah laut memandangkan biasanyer kat tepi pantai je..nasibnya baik kerana terdapat sampan jiran sebelah umah nenek sebelah ibunya parking kat gigi pantai..

Dikayuhnya sampan tu pelan-pelan sampai la kat kedudukan long 2º3.615' , lat 36º23.225'.... Kalau ikut pada GPS yang terdapat pada sampan tu situlah lubuk ikan yang terkenal dikampungnyer...Tanpa membuang masa dilontarnya kail ke laut...

Setelah menunggu hampir 4 jam sekor ikan pon tak makan-makan lagi umpannyer.. masuk 5 jam, mukanya dah berubah sikit menjadi warna hijau.. Mulutnya tak berhenti-henti memaki & mencarot-carot disebabkan tension yang membuak-buak... Sedang dia berkira-kira nak balik, hujung jorannya meliuk-liuk menandakan umpannya telah dimakan...apa lagi dengan pantas disentap jorannnya dan dapat la habuan dia... Seekor penyu belimbing.

Saipudin termanggu melihat penyu yang baru diperolehinya... Pandang dari depan warna oren.. tengok dari tepi warna purple.. tengok dari bawah warna merah...

Ssaipudin merasakan penyu yang diperolehinya itu bukan penyu sebarangan dek kerana warnanya berwarna-warni...

Tiba-tiba penyu tu berkata-kata:

Penyu: Tolonglah tuan, jangan diapa-apakan hamba...lepaskanlah hamba...

Saipudin: Kalau aku lepaskan kau... apa yang aku dapat??? Dah la hari ni sial... sekor ikan pon tak dapat.. dapat penyu mintak pulak dilepaskan...

Penyu: Hamba akan makbulkan permintaan tuan... apa saja. Kalau nak penuhkan satu sampan ni pon boleh...

Saipudin tergaru-garu memikirkan offer yang tak disangka-sangkanyer.. dia mula berkira-kira apa yang nak dimintanya...

Penyu: Tapi dengan syarat satu permintaan sahaja...tak boleh ditarik balik...

Saipudin: Baiklah.. kalau macam tu kau penuhkan sampan aku ni dengan...........

Tiba-tiba sampannya dilanggar oleh ikan paus dan Saipudin pun menjerit sambil terjatuh..."BUURRREEEETTTTTT...."

Penuh satu sampan dengan.....


BURRRRREEEEETTTT !!! HAHAHAHAHA

No comments:

Post a Comment